Header Ads

Loading...

Nurliyana Kini Dilaporkan Tenat


PESAKIT Para Tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, kini berada dalam keadaan tenat susulan beberapa komplikasi termasuk berlaku penurunan denyutan jantung.

Suaminya, Mohd Taufiq Abdullah, 42, berkata, kadar denyutan jantung Nurliyana beberapa kali mengalami penurunan dan doktor yang merawatnya memaklumkan kepada keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan, lapor My Metro.


Loading...

"Semalam, Nurliyana terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk saluran pernafasan berikutan kadar karbon dioksida yang tinggi di dalam badannya.

"Berdasarkan bacaan karbon dioksida pada pagi ini sudah menurun, namun jantung Nurliyana dalam keadaan lemah.

"Saya mohon doakan supaya segala urusan Nurliyana dipermudahkan. Kami sekeluarga juga bersedia dengan segala kemungkinan jika itu sudah takdirnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.

Jumaat lalu, Nurliyana menjalani pembedahan untuk membuang para tiroid dan keadaannya berada pada tahap kritikal semalam berikutan kandungan karbon dioksida yang terkumpul di dalam badannya.

Nurliyana juga menghadapi beberapa komplikasi seperti jantung dan buah pinggang yang mengakibatkan keadaan kesihatannya tidak menentu.

No comments

Loading...