Header Ads

Loading...

Netizen Kagum, Majikan Baik Hati Beri 3 Hari Cuti, Tiket Penerbangan, Elaun Untuk Balik Mengundi

Foto: Malaysian Digest

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat bahan binaan yang berpangkalan di Shah Alam memberikan pekerjanya dari Sabah dan Sarawak untuk bercuti bergaji selama tiga hari, beserta tiket penerbangan dan elaun, untuk pulang mengundi pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

Pemilik Marble Emporium Sdn Bhd, Sim Yen Peng, 43, berkata, beliau melakukan inisiatif itu kerana mengundi merupakan satu tanggungjawab.

Beliau berharap langkahnya itu akan mendorong syarikat-syarikat lain di Semenanjung yang mempunyai pekerja berasal dari dua negeri itu, untuk melakukan perkara yang sama.

Loading...



Yen Peng yang berasal dari Miri berkata, beliau turut dipengaruhi pengalaman sendiri yang pernah tidak mempunyai wang mencukupi untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baharu Cina atau mengundi.

"Jika majikan boleh membelanjakan tiket pulang tahunan wajib untuk pekerja asing mereka, mengapa tidak melakukan perkara yang sama kepada pekerja mereka dari Sabah dan Sarawak setiap lima tahun untuk pilihan raya umum?" ujar Yen Peng pada Selasa.

Beliau berkata, 11 pekerjanya dari Sabah dan Sarawak akan mendapat cuti tiga hari dari 7 hingga 9 Mei, tiket penerbangan pergi balik secara percuma dan elaun perjalanan sebanyak RM300 setiap seorang, dengan perbelanjaan sehingga kira-kira RM1,000 bagi setiap pekerja.

Beliau membuat pengumuman itu di laman Facebook syarikatnya pada Selasa, beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei sebagai hari mengundi.

Posting itu kemudian tular, dengan ramai yang menyokong usaha majikan tersebut.

Yen Peng yang mengusahakan syarikatnya lapan tahun lalu berkata, sekurang-kurangnya syarikat perlu memberikan pekerja yang tinggal jauh dari pusat mengundi sebanyak RM100 dan hari tambahan untuk membolehkan mereka mengundi.

"Saya menggalakkan kakitangan saya untuk mendaftar sebagai pengundi sejak lima tahun lalu dan berjanji untuk membantu mereka pulang mengundi apabila tiba masanya," katanya.

- mStar Online

No comments

Loading...