Header Ads

Loading...

Najib Ucap Tahniah Kepada Pandelela-Jun Hoong


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh terjun Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong yang menghadiahkan pingat emas  ketiga buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

“Tahniah @cheongjunhoong & @Pandelela_R ! Emas ketiga negara di #GC2018 ! #TeamMAS #NegarakuKebanggaanku,” katanya menerusi akaun Twitter beliau di sini hari ini.


Loading...

Gandingan penerjun elit kebangsaan itu mengumpul 328.08 mata berjaya merangkul pingat emas manakala pasangan Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa dengan mengutip 308.16 mata.

Pingat perak disandang gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Caeli McKay dengan 312.12 mata. - Bernama

No comments

Loading...