Header Ads

Najib Prihatin Kebajikan Rakyat – Rais Yatim


JELEBU – Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim memuji pentadbiran di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat sangat prihatin dengan kebajikan masyarakat.

Beliau berkata antaranya pemberian Kad Bantuan Teksi 1Malaysia kepada pemilik teksi dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada masyarakat.


Loading...

“Jadi ini semua mencerminkan keprihatinan Najib terhadap kebajikan masyarakat. Saya yakin bahawa pemberian Barisan Nasional ini menerusi pentadbiran negara akan diberi ingatan budi oleh pemilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Larian Budi Jelebu 2018 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata mana-mana parti politik harus bersatu padu dalam hal-hal berkaitan kenegaraan.

“Rukun Negara misalnya tidak kira DAP, UMNO, MCA dan MIC mesti memainkan peranan untuk (memartabatkan) Rukun Negara,” katanya.

Sementara itu, seramai 1,000 peserta dari kawasan setempat menyertai program Larian Budi Jelebu 2018 yang bertujuan untuk mempromosi keharmonian dan hubungan pelbagai kaum ke arah mencapai budaya tinggi selain mengajar sifat kekitaan, kebersamaan, hormat-menghormati dan membudayakan bangsa. – BERNAMA

No comments

Loading...