Muhyiddin Bayangkan Bertanding DUN, Parlimen
MUAR: Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
membayangkan kemungkinan beliau bertanding bagi kerusi DUN Gambir.
Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu turut mengesahkan akan
bertanding bagi kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sama ada akan
mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh atau bertanding kerusi lain.
Loading...
“Saya ada minta pandangan pengundi di sini bolehkah jika
saya bertanding dan mereka kata akan bagi sokongan. Saya fikir DUN ini (Gambir)
yang saya boleh bertanding…”
“Ini kerusi bagus untuk bertanding. Saya juga bertanding
bagi kerusi Parlimen,” kata beliau tanpa mengulas lebih lanjut selepas berucap
pada satu majlis di Gambir hari ini.
Muhyiddin berkata, sokongan untuk bertanding di DUN juga
berdasarkan perbincangan dengan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan yang
lain.
Pada PRU13, DUN Gambir dimenangi Datuk M Asojan dari BN
dengan majoriti 310 undi menewaskan 3 calon lain iaitu Datuk Dr Mahfodz Mohamed
(PAS) dan 2 calon Bebas, Mohd Zan Abu dan Yunus Mustakim.
- FMT
Post a Comment