Header Ads

Mayat Bekas Tahanan Politik Dijadikan Pameran?



BERPULUH – puluh mayat yang digunakan dalam pameran Real Bodies: The Exhibition dikhuatiri merupakan mayat tahanan politik di China, yang disiksa dan mati dibunuh.

Pameran yang memaparkan 20 mayat dan 200 bahagian tubuh yang dipelihara itu, terkenal di seluruh dunia. Ia juga sering diadakan di merata tempat.

Loading...

Ia memaparkan bahagian badan manusia yang menunjukkan bagaimana otot, organ dan tulang berfungsi. Mayat-mayat tersebut disediakan oleh Dalian Medical University Biology Plantation di China
Bagaimanapun para doktor dari Doctors Against Forced Organ Harvesting melahirkan kebimbangan bahawa mayat tersebut tidak didermakan secara sukarela sebaliknya ia dilakukan secara paksaan di China.


Ia dikatakan kemungkinan adalah anggota kumpulan agama yang diharamkan di China iaitu Falun Gong.
Namun seorang profesor dari Dalian Medical University Biology Plantation, Hong Jin Sui menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu mayat berkenaan diperolehi secara sah.
“Mayat tersebut diterima daripada rumah mayat dan dipindahkan ke universiti perubatan di China dan ia disumbangkan untuk pameran berkenaan secara sah.
“Kami hanya menerima spesimen yang didermakan secara sah dan bebas daripada penyakit berjangkit,’’ kata Hong.


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif pameran berkenaan, Tom Zaller berkata, dakwaan bahawa mayat terbabit adalah mangsa tahanan politik adalah tidak berasas dan satu penghinaan.
“Mayat-mayat berkenaan telah diperiksa oleh jabatan kesihatan di beberapa negara. Tiada penipuan,’’ katanya,
Tahun lepas, empat doktor dan empat pertubuhan bukan berasas keuntungan di Czech telah meminta supaya pameran berkenaan diharamkan di Prauge.
“Berdasarkan kepada pelbagai laporan berhubung pencabulan hak asasi di China, terdapat alasan mencurigakan mengenai mayat terbabit,’’ kata mereka.
Namun polis tempatan menolak desakan itu. 

No comments

Loading...