Header Ads

Loading...

Mahathir Takut Kalah Di Kubang Pasu


JITRA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa takut kalah sekiranya bertanding di Parlimen Kubang Pasu yang pernah menjadi kubu kuat beliau selama 22 tahun, sebaliknya memilih kawasan ‘selamat’ iaitu Langkawi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sepatutnya Mahathir kembali bertanding di kawasan yang pernah menjulang namanya sehingga menjadi Perdana Menteri selama enam penggal (1981-2003).

Sehubungan itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah menggesa Mahathir perjelaskan sebab beliau menolak Kubang Pasu.

Loading...


“Rakyat juga tertanya-tanya, 22 tahun dia mewakili kerusi Kubang Pasu ketika bersama Umno, sekarang kenapa pilih Langkawi? Ini menunjukkan beliau tidak percaya dan tidak yakin lagi kepada pengundi di kawasan itu,” katanya, selepas merasmikan program Muafakat Mesra Rakyat bersama Menteri Besar di Taman Bersatu, Kemunting, Jitra.

Menurutnya, walaupun Mahathir merupakan bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu namun beliau menolak kawasan itu kerana perubahan sokongan terhadapnya yang tidak lagi memihak kepada beliau.

“Beliau tak yakin boleh menang di Kubang Pasu dan cari tempat baru. Terpulanglah kepada penduduk Langkawi untuk undi calon mana,” katanya.

Mengulas persediaan BN Kedah berdepan calon giant killer pembangkang seperti Mahathir, katanya, parti itu sentiasa bersedia berdepan dengan mana-mana calon giant killer.

“Yang mana mahu bertanding dengan kita, mereka semua adalah calon giant, bukan tikus. Kita ambil serius dan andaikan mereka calon besar dan buat persediaan secukupnya,” katanya.

Ditanya sama ada penyandang Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dikekalkan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu daripada dirampas Mahathir, katanya, semua pihak diminta menunggu pengumuman rasmi.

Ahmad Bashah turut mengumumkan BN Kedah akan melancarkan manifesto PRU14 minggu depan, sebelum hari penamaan calon.

No comments

Loading...