Header Ads

Mahathir Sah Tanding Di Langkawi


Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sah akan bertanding di Langkawi.

Sumber-sumber yang rapat dengan bekas perdana menteri 22 tahun itu mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.

“Ya, beliau akan pergi ke Langkawi.

“Kerusi-kerusi lain seperti kerusi lamanya di Kubang Pasu dan kerusi Putrajaya turut dipertimbangkan, tetapi keputusan akhirnya dibuat supaya beliau bertanding di Langkawi,” kata sumber.


Loading...

Sumber juga menjelaskan keputusan itu dibuat minggu lalu.

HARAPAN dijangka mengumumkan pemilihan Mahathir di pulau yang terkenal dengan legenda Mahsuri itu pada Ahad, 15 April depan.

Ahli politik 93 tahun itu dijadual berada dua hari di Langkawi bermula Sabtu.
Pada Jumaat beliau beliau dijadual berucap di Kubang Pasu.

Dalam pilihan raya umum lima tahun lalu, Langkawi dimenangi oleh calon BN Datuk Nawawi Ahmad dengan majoriti besar 11,861 undi.

Dalam pilihan raya umum lima tahun lalu, beliau dicabar calon PKR Ahmad Abdullah di kawasan 91 peratus majoriti Melayu itu.

Mahathir juga akan menggunakan logo PKR, seperti parti-parti lain dalam Pakatan Harapan yang bersetuju dengan simbol tunggal untuk memudahkan pengundi.

Langkawi terkenal sebagai pulau peranginan dunia yang dibangunkan ketika pentadbiran Mahathir sebagai perdana menteri keempat.

No comments

Loading...