Header Ads

Loading...

Mahathir Sah Bertanding Di Langkawi

Foto: FMT

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini mengumumkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding sebagai calon parlimen Langkawi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Dengan bangga, dengan doa kemenangan berpihak kepada kami, saya umumkan Dr Mahathir sebagai calon Langkawi," katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di pulau itu.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan senarai calon BERSATU untuk dewan undangan negeri dan parlimen di Kedah, namun tidak menyebut Langkawi.


Loading...

Orang ramai yang hadir kemudian bersorak "Langkawi! Langkawi!" ketika Dr Mahathir kembali ke tempat duduknya.

Wan Azizah kemudian mengambil alih pentas berkongsi kisah yang diceritakan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang Dr Mahathir yang mempunyai sentimen istimewa terhadap Langkawi.

"Anwar pernah beritahu saya, Dr Mahathir agak sentimental dengan Langkawi. Di sinilah dia mula bertugas sebagai doktor kerajaan dan bertekad membantu pulau ini," katanya.

Memetik laporan Malaysiakini, Wan Azizah menjelaskan lebih lanjut sumbangan Dr Mahathir kepada Langkawi meski selepas beliau menjadi perdana menteri.

Pengumuman itu mendapat sorakan gemuruh daripada hadirin.

Sebelum itu, Dr Mahathir mengumumkan lima calon BERSATU untuk kerusi parlimen Kedah.

Calon itu adalah  Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Wan Saiful Wan Jan (Pendang), Taufik Yaakob (Baling) dan Akramshah Sanusi (Jerai).

Ketibaan Dr Mahathir pada majlis itu sekitar 9.07 malam diraikan dengan tepukan gemuruh selain hadirin mengambil kesempatan tangkap gambar bersama.

No comments

Loading...