Header Ads

Loading...

Mahathir Ada 10 Juta Saham Dalam The Loaf, Kata BN


KUALA LUMPUR, 15 April ― Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuktikan Tun Dr Mahathir Mohamad ada kepentingan dalam syarikat The Loaf.

Timbalan pengarah strategik Barisan Nasional (BN) berkata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ‘orang penting’ dalam syarikat dengan 10 juta unit saham, lapor Harian Metro.


Loading...

“Ini tidak benar. Rekod SSM menunjukkan bahawa Dr Mahathir memiliki 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources dan beliau juga adalah pengarah syarikat itu,” kata Eric See-To.

Mahathir sebelum ini menafikan mempunyai kepentingan dalam syarikat roti itu, dan hanya ada 200 unit saham dalam syarikat Malaysian Tobacco dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

The Loaf dibuka Mahathir 12 tahun lalu, mula bertapak di Langkawi dan mempunyai 12 cawangan termasuk di KLCC dan Pavilion.

Semua premisnya diumum di media sosial tutup pada 9 April lalu tanpa dinyatakan alasan.

No comments

Loading...