Header Ads

Loading...

Lebih 50 saksi akan dipanggil pada bicara kes bakar pusat tahfiz

Gambar Hiasan. 

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan memanggil lebih 50 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes dua remaja yang didakwa atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang ditetapkan pada 30 Mei depan di Mahkamah Tinggi di sini.

Loading...

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memaklumkan demikian semasa sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah hari ini dan turut memberitahu dokumen berkaitan kes telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Joanne Chua Tsu Fae manakala peguam Boestaman Ahmad dan Roswadya Roslan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak pusat tahfiz serta keluarga mangsa.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara 4.15 hingga 6.45 pagi, pada 14 September 2017.


Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Bernama

No comments

Loading...