Header Ads

'Langkawi Atau Kubang Pasu Saya Tetap Menang’

Foto: FMT

PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pemilihan  Langkawi sebagai kawasan bertanding ialah niat awal beliau sejak kembali semula ke arena politik.

Dr Mahathir  dengan yakin berkata, sekiranya beliau kekal berentap di lokasi lamanya di Kubang Pasu tetap juga akan menang.

“Daripada awal pun saya niat nak tanding di Langkawi sebab sebelum ini BN menang dengan majoriti 11,861 undi. Jadi kita nak tengok la banyak mana undi BN nak dapat kali ini.


Loading...

“Saya ingat kalau saya pilih Kubang Pasu pun saya boleh menang, sebab tu awal-awal lagi saya kata mungkin Langkawi, Kubang Pasu , Putrajaya atau mana-mana tempat lain sebab pengundi suka kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan datang bawa hadiah banyak untuk mereka,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini.

Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu juga memaklumkan bahawa penyokongnya di Langkawi telah disogok oleh Najib dan BN untuk beralih arah.

“Penyokong-penyokong saya di Langkawi beritahu Najib bagi duit kepada mereka untuk tidak memihak kepada saya.

“Tetapi penyokong-penyokong saya bagi semula duit yang disogok itu kepada saya untuk kegunaan kempen pilihan raya untuk tumbangkan Najib dan BN,” ujar Mahathir.

No comments

Loading...