Header Ads

Loading...

Kerjasama Anwar, Mahathir Sekadar Retorik


KLUANG - Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sekadar retorik semata-mata dan tidak mungkin akan terlaksana.

Beliau berkata sekiranya perkara itu benar-benar boleh dilaksanakan, ia telah lama terlaksana dan tidak memerlukan kerjasama daripada pelbagai parti pembangkang termasuk DAP.

“Kita dalam Umno dahulu telah menyaksikan kerjasama mereka (Tun Mahathir dan Anwar) bila diuji gagal, apatah lagi kalau mereka bekerjasama di luar. Jadi apa yang kita perlu takutkan?


Loading...

“Pada masa itu, mereka berada dalam bahtera Umno sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di mana pada masa itu pun kita tidak boleh nampak kerjasama mereka, jadi apa yang kita perlu takutkan di luar sana?,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Warga Felcra  Wilayah Johor Bersama Pemimpin di Kampung Melayu Batu 4, Paloh, Kluang, di sini, hari ini.

Menteri Pertahanan itu berkata orang ramai boleh menilai sendiri kata-kata Anwar.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa tokoh pembangkang yang mendakwa Umno gentar terhadap kerjasama dua pemimpin itu. 

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya menyambut baik cadangan Felcra untuk   membangunkan kawasan Paloh di Sembrong sebagai pusat gedung makanan dalam negara.

Menurutnya, isu berkaitan keselamatan makanan merupakan salah satu perkara penting yang mendapat perhatian Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam memastikan bekalan makanan negara pada masa  hadapan terjamin.

Felcra juga mencadangkan agar mana-mana anggota tentera yang akan bersara menganggotai Skim Pertanian Bersama Felcra.   -Bernama

No comments

Loading...