Header Ads

Loading...

Kedai roti The Loaf ditutup

PETALING JAYA: Kedai roti The Loaf, yang dimiliki bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ditutup selepas beroperasi selama 12 tahun.

Rakan kongsi penyedia perkhidmatan pemulihan korporat dan pembinaan semula, Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd, Andrew Heng berkata berkata pemilik kedai roti itu memilih untuk menamatkan perniagaan tersebut.

Loading...

"Mereka menutup semua 12 cawangan di negara ini," katanya kepada The Star pada Jumaat.

The Loaf dikendalikan M&M Consolidated Sdn Bhd, usaha sama antara Dr Mahathir dan Motoko Resources Sdn Bhd.

Dr Mahathir memegang 51 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

"Pada asasnya, tidak mungkin (untuk teruskan). Terdapat begitu banyak perniagaan dan pesaing yang sama. Mereka tidak mendapat keuntungan yang cukup baik," katanya.

Laporan dalam akhbar Cina memetik pengarah The Loaf sebagai berkata, Dr Mahathir bukan pemegang saham utama kedai roti tersebut tetapi hanya pengasas perniagaan berkenaan.

Menurut pengarah itu, satu sidang media akan diadakan untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Penglibatan Dr Mahathir dalam perniagaan bakeri bermula apabila beliau membeli roti dari sebuah kedai roti di Tokyo yang dikenali sebagai Johan.


The Loaf membuka cawangan pertamanya di Telaga Harbour, Langkawi pada 2006.

Dalam tempoh 12 tahun, ia melebarkan sayapnya kepada 12 cawangan termasuk di KLCC, pusat membeli-belah Pavilion dan  Sogo di Kuala Lumpur dan Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.

- mStar Online

No comments

Loading...