Header Ads

Kaji Selidik Mendapati Tun M, Siti Nurhaliza Paling Dikagumi Di Malaysia


PETALING JAYA: Pemimpin parti politik iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M dan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dipilih sebagai individu paling dikagumi di Malaysia berdasarkan satu kaji selidik dalam talian.

Menerusi kajian sebuah firma berpengkalan di United Kingdom, YouGov itu, Tun M yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mendapat sebanyak 15 peratus markah berbanding kedudukan kedua iaitu Bill Gate sebanyak 8.30 peratus.


Loading...

Sementara dalam kategori lelaki tempat ketiga ia diduduki oleh pelakon Hong Kong iaitu Jackie Chan (7.70%) dan Tan Sri Tony Fernandes di kedudukan ke empat iaitu sebanuak 7.10 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menduduki tangga ke 15 dengan 2.5 peratus skor kekaguman.

Tiada selebriti lelaki tempatan tercalon dalam kategori lelaki paling dikagumi di Malaysia tahun ini.

Bagi selebriti kategori wanita, Siti Nurhaliza menerima 14.10 peratus skor diikuti isteri Tun M iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (10.10%).

Pelakon dan pengacara popular Neelofa pula menduduki tangga ketiga dengan skor 7.40 peratus. Manakala pelakon Michelle Yeoh di tangga kelima dengan skor 5.7 peratus di bawah Oprah Winfrey (6.4%).

No comments

Loading...