Header Ads

Loading...

Jejaka Gemuk Kini Jadi 'Putera Disney'


CONNECTICUT - AMERIKA SYARIKAT. Seorang jejaka yang dahulunya sering berasa rendah diri gara-gara saiz badannya yang besar berjaya merubah penampilan diri setelah kematian ibu tersayang.

Jeffrey Kendall, 26, dari Connecticut, Amerika Syarikat menjadi mangsa buli akibat saiz badannya namun pada 2015 dunia Kendall berubah apabila ibunya disahkan menghidap aneurisme otak.

Ibu Kendall koma selama tujuh bulan sebelum mereka sekeluarga terpaksa menerima hakikat pahit bahawa rawatannya terpaksa dihentikan kerana pihak insurans tidak lagi menampung pembiayaan hospital.


Loading...

Saya melihat ibu tidak mampu bercakap dan hanya terlantar di ICU, melihatnya menatap saya kosong tanpa pandangan keibuan sangat meruntun hati," ujar Kendall.

Penderitaan ibunya itu membuatkan Kendall bertekad untuk memulakan hidup baharu yang lebih sihat.

Hasil usahanya menjaga pemakanan dan bersenam Kendall berjaya menurunkan berat badan sehingga 31 kilogram dalam masa empat bulan.

Foto terbaharu Kendall di media sosial menjadi viral setelah ramai menggelarnya 'putera Disney', dengan rambutnya yang panjang tidak kurang juga yang mencadangkan agar lelaki itu mencuba nasib sebagai model syampu. - Detik.com

No comments

Loading...