Header Ads

Jawatan Ketua Menteri Kekal Milik Komponen BN Jika Berjaya Rampas P. Pinang - Najib


PULAU PINANG: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan jawatan Ketua Menteri negeri ini akan kekal milik parti komponen Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu berkata, perkara tersebut berlandaskan semangat persefahaman yang tinggi yang diamalkan sesama parti komponem BN selama ini.

Loading...
Ujar beliau, keputusan tersebut juga berlandaskan prinsip perkongsian kuasa dalam BN yang diamalkan sejak sekian lama dan wajar dihormati.
“Di Pulau Pinang, konsep dulu (perkongsian kuasa) kita pertahankan. Sebab itu jika BN menang PRU-14, bakal Ketua Menteri bukan UMNO, tetapi daripada parti komponen BN.
“Ini adalah persefahaman kita dan kita mahu berlaku adil, maka konsep ini kita teruskan,” katanya.
Beliau berucap pada majlis makan malam bersama rakyat sempena program turun padang Najib bertemu rakyat Parlimen Balik Pulau di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar di sini malam ini.
Majlis itu dihadiri lebih 5,000 penduduk selain barisan kepemimpinan BN negeri diketuai Pengerusinya yang juga Pengerusi Gerakan negeri, Teng Chang Yeow.

- UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...