Header Ads

Jahanam Punya Anak!


Lelaki warga emas berusia 60-an ditetak dengan senjata tajam oleh anak lelakinya sendiri yang disyaki penagih dadah sehingga menyebabkan mangsa parah dalam kejadian di Kuala Besar, Kota Bharu, tengah hari tadi.

Difahamkan kejadian berlaku ketika warga emas itu berada di rumahnya di kampung berkenaan pada 1 tengah hari.

Penduduk enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi bising di dalam rumah mangsa ketika kejadian.


Loading...

Katanya, dia tidak mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan dan hanya tahu warga emas yang dikenali Pak Ya sudah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

“Ketika berada di rumah saya dimaklumkan jiran bahawa warga emas itu ditetak anaknya disyaki penagih dengan menggunakan senjata tajam.

“Ketika itu ahli keluarga sudah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini berada di Zon Merah HRPZ II,” katanya.

Ahli keluarga mangsa ketika ditemui di Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPZ II enggan ditemu bual dan memberitahu warga emas itu dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

No comments

Loading...