Header Ads

Loading...

Istana Berkecuali Dalam Kancah Politik - Raja Muda Perlis


KANGAR: Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah istana hanya berpihak kepada perlembagaan dan undang-undang yang dilaksanakan secara adil dan saksama.

"Istana juga sentiasa akur kepada kehendak rakyat yang selaras dengan sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan negara ini.


Loading...

"Apa yang menjadi kewajipan istana ialah membimbing rakyat kepada kesantunan budi dan keluhuran adat yang mulia," titah baginda ketika merasmikan Majlis Muhibbah Bersama Masyarakat Cina dan Siam di One Centre Malaysia Darul Abrar dekat sini, petang ini.

Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah kepimpinan istana adalah saksama, merentasi agama, parti politik dan warna kulit.

Tuanku Syed Faizuddin juga menegaskan setiap kerajaan dan pentadbiran harus sentiasa adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira latar politik mereka.

Turut hadir pada majlis itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.- Bernama

No comments

Loading...