Header Ads

Loading...

Hayati Semangat Taat Setia Hang Tuah


PAHLAWAN Melayu terbilang, Laksamana Hang Tuah merupakan ikon terunggul bagi menggambarkan sifat taat setia tidak berbelah bahagi seorang rakyat terhadap rajanya.

Kesetiaan Hang Tuah tidak tergugat walaupun selepas Sultan Melaka menitahkan beliau dihukum bunuh angkara fitnah yang disebarkan oleh Patih Karma Wijaya dan beberapa pembesar istana yang lain.

Segala titah Sultan Melaka dijunjung sepenuhnya oleh Hang Tuah termasuk perintah membunuh sahabat karibnya sendiri, Hang Jebat kerana menderhaka.


Loading...

Hang Tuah juga tidak mengampu atau menjatuhkan orang lain untuk mendapatkan pangkat dan gelaran kerana jawatan yang dikurniakan Sultan Melaka kepada beliau adalah berdasarkan kebolehannya sendiri.

Dalam konteks situasi politik semasa, setiap ahli UMNO mesti menghayati sepenuhnya semangat taat setia Hang Tuah dalam memastikan parti yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) itu berada dalam kedudukan mantap untuk bertempur dalam medan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Berlapang dadalah jika tidak dinamakan sebagai calon atau pemimpin yang disokong tidak terpilih untuk bertanding.

Tunjukkan keikhlasan untuk terus berjuang demi kelangsungan UMNO dan BN dengan menyumbang fikiran serta tenaga sebagai jentera parti.

Sahutlah seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang meminta seluruh barisan kepemimpinan dan ahli akar umbi parti berdiri teguh di belakang beliau dalam menangkis serangan pihak lawan.

Sentiasa tanamkan dalam minda masing-masing bahawa musuh sebenar yang perlu ditumbangkan adalah gabungan pembangkang PKR lebih-lebih lagi DAP yang tidak pernah berganjak daripada perjuangan merealisasikan impian cauvinis Malaysian Malaysia.

- UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...