Harapan Janji Mansuh Tol Jambatan Pulau Pinang
GEORGE TOWN : Pakatan Harapan (Harapan) akan memansuhkan tol jambatan pertama Pulau Pinang jika tawan Putrajaya pada PRU14 nanti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu
menerusi status Facebooknya.
Keputusan itu dibuat setelah Pengerusi BN, Datuk Seri Najib
Razak mengumumkan manifesto tambahan BN untuk memansuhkan tol motosikal di
Jambatan Pulau Pinang.
Loading...
"Undi BN, hanya tol motosikal Jambatan Pulau Pinang
dimansuhkan.
"Undi Pakatan Harapan, semua tol Jambatan Pulau Pinang
dimansuhkan," katanya.
Terdahulu, Najib ketika hadir pada majlis bersama rakyat di
Balik Pulau mengumumkan manifesto tambahan BN untuk Pulau Pinang.
Selain membina 65,000 rumah mampu milik, BN berjanji akan
memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang jika berjaya tawan semula
Pulau Pinang.
- Astro Awani
Post a Comment