Header Ads

Dr Mahathir Masih Menyepi Diajak Berdebat


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum tampil bagi menyahut cabaran bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim, untuk berdebat mengenai punca kekayaan luar biasa dimiliki anak bekas perdana menteri itu yang didakwa mencecah berbilion ringgit.

Zamil berkata beliau dimaklumkan Dr Mahathir terkedu selepas dicabar empat hari lalu untuk mendedahkan punca anaknya mampu membeli syarikat arak bernilai RM3 billion.


Loading...

"Sehingga kini tiada maklum balas dari pihak Dr Mahathir yang dikenali dengan kelantangannya apabila cuba memperlekeh orang lain, namun kini saya dimaklumkan beliau terkedu pula apabila diminta menjelaskan mengenai kekayaan anak-anaknya.

"Malah, saya setuju apabila Tuanku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) mengatakan orang yang terkaya dalam dunia pun tidak mampu melahirkan RM 3 billionaire," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, rakyat berhak mengetahui bagaimana anak Dr Mahathir itu memiliki kekayaan sehingga meraih status jutawan dalam masa singkat.

"Saya hairan mengapa seorang yang 'lidah bercabang' seperti Dr Mahathir tidak mampu beri penjelasan mengenai punca kekayaan luar biasa anak beliau yang dikagumi masyarakat dunia itu.

"Saya mahu Dr Mahathir dengan segera terima cabaran saya tanpa syarat jika beliau betul-betul ikhlas dan jujur.

"Apakah Dr Mahathir takut untuk berdebat kerana punca utama kekayaan luar biasa anaknya itu datang dari amalan dan tabiat rasuah dan salah guna kuasa?" katanya.

No comments

Loading...