Header Ads

Cuti Umum Dua Hari Jika Menang


TELUK INTAN - Harapan Perak mengumumkan cuti umum dua hari pada 10 dan 11 Mei sekiranya mereka memenangi PRU14 di negeri ini.

Pengerusi Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, perisytiharan itu akan dibuat selepas mereka berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang diperoleh pada PRU berkenaan 9 Mei ini.

“Jadi Harapan Perak ingin menyeru semua warga negeri ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dan keluar mengundi pada PRU14.


Loading...

“Kepada anak perantauan, kami aku-alukan pengorbanan mereka yang perlu menempuh perjalanan jauh bagi menunaikan tanggungjawab yang amat besar ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, pemberian cuti dua hari sekiranya Harapan menang di Perak PRU 14 ini adalah untuk menggalakkan lebih 300,000 anak negeri ini yang merantau ke luar pulang mengundi Harapan.

“Bilangannya bukan sedikit jadi untuk memastikan anak Perak yang merantau pulang kami memberi cuti dua hari sekiranya menang selari dengan manifesto harapan iaitu Bersama Harapan Perak Kembali Gemilang.

“Cuti ini juga bertujuan merayakan kemenangan rakyat dan demokrasi sekiranya kita dapat mengalahkan BN di negeri ini,” katanya selepas program Minum Petang Bersama Pakatan Harapan di Batu 12, Jalan Changkat Jong.

No comments

Loading...