Header Ads

Loading...

Bunuh, Masak, Hidang Anjing Belaan Jiran



KES petani bunuh dan memasak anjing belaan jirannya yang tidak henti menyalak sebelum dihidangkan daging haiwan itu kepada tuannya mencetuskan kemarahan netizen Korea Selatan.


Loading...

Lelaki berusia 62 tahun, yang tidak didedahkan identitinya itu mengaku melakukan kesalahan berkenaan selepas seorang jiran lain memaklumkan keluarga pemilik anjing tersebut.
Dia mendakwa berang kerana anjing terbabit tidak henti-henti menyalak menyebabkannya membaling batu yang terkena pada kepala haiwan berkenaan.
Seorang detektif yang menyiasat kes di Pyeongtaek itu berkata: “Selepas anjing itu pengsan, suspek mengaku mencekiknya sebelum memasaknya, kemudian jemput pemiliknya dan menghidangkan daging haiwan berkenaan.”
Kes itu diketahui umum selepas anak perempuan pemilik anjing itu membuat rayuan terbuka di Internet menggesa sokongan orang ramai untuk desak pesalah terbabit dihukum tegas dengan petisyennya meraih 15,000 tandatangan.

“Dia beriya-iya mengucapkan simpati ketika kami memberitahu mengenai kehilangan anjing kami, walhal ketika itu haiwan kesayangan kami ada di rumahnya, sama ada hidup atau mati,” katanya. – AFP/myMetro Online

No comments

Loading...