BN Kedah Tidak Gentar Dr Mahathir Bertanding
Foto: Malay Mail Online
ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan anaknya Datuk Seri Mukhriz di Jerlun kerana BN ada calon yang berkaliber, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau yakin calon-calon BN itu boleh berkhidmat dengan baik
kepada rakyat.
Semalam, Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa Mukhriz juga
akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Jitra.
Loading...
Ahmad Bashah berkata rakyat Langkawi perlu berhati-hati dan
menilai sendiri tindakan Dr Mahathir seperti 'kacang lupakan kulit' kerana
beralih arah ke Langkawi meninggalkan kawasan Parlimen Kubang Pasu yang pernah
diwakilinya selama 30 tahun.
"... Beliau perlu ingat selama ini rakyat Kubang Pasu
yang menyokong dan membolehkannya bertanding atas tiket BN sehingga mampu
menjadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Seminar Semarak Perpaduan di sini pada Isnin.
"Rakyat Kubang Pasu pilih dia selama 30 tahun kena
tinggal, tak kan rakyat Langkawi nak jadi macam tu juga nanti dia lari lagi.
Rakyat juga kena tahu apa juga pembangunan yang pernah Tun Dr Mahathir lakukan
di Langkawi adalah kerana kerajaan dan bukannya atas individu," katanya.
-- BERNAMA
Post a Comment