Header Ads

Adakah Tun M Akan Umum Bertanding Di Langkawi Malam Ini?


KUALA LUMPUR : Teka-teki di mana Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin akan terungkai malam ini.

Menurutnya, beberapa pengumuman penting akan dibuat menerusi program Jelajah Harapan Langkawi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti itu.


Loading...

“Pada Ahad ini, PH akan adakan satu perhimpunan melibatkan kesemua parti yang bersatu dalam usaha melawan BN. Semua pemimpin tertinggi parti juga hadir, antaranya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Mohamad sabu (Presiden Amanah) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu),” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi parti itu.

Dr Mahathir turut menggesa semua penduduk Langkawi untuk hadir pada ceramah perdana itu.

Dalam pada itu, program Jelajah Harapan Langkawi akan bermula jam 8.45 malam bertempat di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sira, Pulau Langkawi.




Terdahulu, pada PRU13, Langkawi (P.04) telah disandang oleh Nawawi Ahmad (BN-UMNO) dengan 21,047 undian.

- Astro Awani

No comments

Loading...