Header Ads

Loading...

Zairil, Dyana Sah Bertunang



Dua daripada tokoh Melayu paling kerap mendapat perhatian ramai hari ini melalui detik bahagia apabila mereka ditunangkan dalam majlis yang kelihatan meriah.

Anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengesahkan dia bertunang dengan anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Majlis itu diadakan di sebuah hotel di Ipoh, Perak dan turut dihadiri pemimpin parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN), lapor Malaysiakini.


Loading...

Melalui media sosial Zaidil berkata, selepas perkahwinannya yang terdahulu berakhir kini masa untuk terus melangkah dan memulakan babak baru dalam hidupnya.

"Saya benar-benar gembira menemui Dyana yang saya tahu akan menjadikan pasangan serasi dan menjadi pendorong dalam hidup.

"Apa yang lebih penting ialah Dyana dikasihi semua anggota keluarga, terutama kedua-dua anak saya," katanya.

Zairil, 35, adalah anak kepada bekas menteri Allahyarham Tan Sri Khir Johari yang memilih menyertai DAP sebagai laluan politiknya.


Dyana pula watak muda yang diperkenalkan DAP sejak menjadi calon pilihan raya kecil di Teluk Intan pada 2014. Dia lahir di Ipoh.

Pada 2013 melalui pilihan raya umuk ke-13 Zairil memenangi kerusi Bukit Bendera dengan mengetepikan cabaran calon BN, Teh Leong Meng dengan mendapat majoriti 32,778. Teh mengumpul 12,813 undi.

No comments

Loading...