Header Ads

Wan Azizah: Buat Kejutan Sekali Lagi Dengan Tawan Putrajaya



Dalam majlis meraih dana pilihan raya umum (PRU) ke-14 anjuran PKR di Pulau Pinang semalam, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengimbas kembali pengalaman dan rasa terkejutnya ketika pembangkang menumbangkan BN di negeri itu pada 2008.

Sementara ahli politik lain cuba menarik perhatian hadirin menerusi ucapan penuh bersemangat, presiden PKR itu pula memikat mereka dengan kisah-kisah mengejutkan sepanjang kehidupannya.

Beliau berkata DAP berusaha untuk menang di Pulau Pinang pada tahun 1990-an tetapi gagal, dan hanya ketika era Reformasi - ketika parti pembangkang bergabung - BN berjaya ditumbangkan di negeri itu.


Loading...

Mengakui hidupnya penuh dengan peristiwa mengejutkan, Wan Azizah berkata beliau bagaimanapun menjalani kehidupan biasa sebagai seorang pelajar perubatan dan kemudiannya doktor sebelum mengahwini Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemudian beliau bertemu dan berkahwin dengan Anwar pada 1980 dan dua tahun kemudian terkejut melihat suaminya itu menang pilihan raya di Permatang Pauh.

Anwar terus mendaki hirarki Umno dan pada 1998, Wan Azizah sekali lagi berdepan kejutan apabila suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

"Ketika beliau keluar daripada penjara, saya fikir kehidupan saya akan kembali normal tetapi Anwar kembali aktif dalam politik dan pada 2005, saya menerima satu lagi kejutan ketika beliau dipenjara sekali lagi."

Anwar berungkali menegaskan beliau tidak bersalah dan dakwaan terhadapnya tidak lebih sekadar untuk menamatkan kerjaya politiknya.


"Dan sekarang saya berharap dapat melihat sebuah lagi peristiwa mengejutkan iaitu apabila kita menawan Putrajaya," katanya lagi di depan kira-kira 2,000 yang hadir.

Antara pemimpin yang menyampaikan ucapan adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow, Pengerusi PKR Negeri Datuk Mansor Othman dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pulau Pinang Marzuki Yahya.

- Malaysiakini

No comments

Loading...