Header Ads

Video: Fuh… Satu Basikal, 2 Orang Kayuh


AKSI dua kanak-kanak lelaki di Indonesia yang gigih berganding tenaga mengayuh sebuah basikal telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial di negara ini.

Menerusi perkongsian video pengguna Facebook Yuni Rusmini, mereka yang dilihat memakai pakai seragam sekolah masing-masing berdiri di atas pedal pengayuh sambil menunggang basikal di sebuah jalan yang tidak sibuk.

Loading...

Apa yang mengagumkan apabila mereka dapat mengekal keseimbangan antara satu sama lain, mengelak lubang, malah mampu memandang ke kiri dan kanan jalan ketika sedang mengayuh.
Tidak setakat itu, kehebatan kedua-dua kanak-kanak ini turut dipaparkan apabila mereka masih dapat membelok dengan baik meskipun berada di sebuah persimpangan jalan.
Rakaman berdurasi kira-kira dua minit itu sehingga kini sudah ditonton hampir 4,000 kali dan dikongsi lebih 100 kali oleh pengguna lain sejak ia dimuat naik pada Ahad.
Sementara itu menurut netizen tempatan, situasi ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi sesetengah budak lelaki di Indonesia.

“Wah keren banget, rugi tak main speda (basikal) macam begini waktu kecil dulu,”tulis seorang netizen. 

No comments

Loading...