Header Ads

Tun Mahathir Buat Kejutan


SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila turut sama menghadiri Wacana Sinar Harian ke-53 yang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini.

Tun Mahathir yang juga bekas perdana menteri tiba di lobi Karangkraf sekitar jam 4 petang bagi mengikuti program tersebut yang bertajuk Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?

Loading...


Kehadiran bekas pemimpin nombor satu negara itu disambut dengan meriah oleh penyokong beliau yang hadir sama bagi mengikuti program wacana tersebut.

Tun Mahathir yang berpakaian lengkap serba kelabu turut ditemani isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

Siri wacana pada kali ini menampilkan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.



Di samping itu, sesi wacana ini juga dikendalikan Nazri Kahar dari Astro Awani selaku moderator.

- Sinar Harian

No comments

Loading...