Header Ads

Loading...

TPM Umum Kenaikan Elaun Anggota & Pegawai APM



BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kenaikan elaun anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) masing-masing daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9 sejam.

Menurut beliau, kenaikan elaun yang memberi manfaat kepada kira-kira 2.1 juta anggota dan pegawai APM di seluruh negara itu adalah bagi menghargai jasa dan khidmat mereka dalam menghulurkan bantuan awal.


Loading...

Jelas beliau, elaun uniform sebanyak RM10 juta turut akan diberikan pada tahun ini berbanding RM5 juta pada tahun lepas.

Beliau turut mengarahkan permohonan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi perjawatan tetap dan kenaikan gred perjawatan tetap.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata demikian ketika berucap pada perasmian program bersama warga Angkatan Pertahanan Awam Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini. – BERNAMA

No comments

Loading...