Header Ads

Loading...

Tidak Yakin Dari Sudut Fizikal, Mental


SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad layak menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (Harapan) menang dalam PRU14 berdasarkan perundangan dan tahap intelektualnya.

Namun begitu, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dari sudut fizikal dan mental, Mahathir dilihat tidak mampu mengharunginya, lapor Sinar Harian.

Loading...

“Walaupun beliau mempunyai semangat untuk melakukan apa yang dia nak buat. Mahathir boleh lakukan semua itu tanpa perlu turun padang.

“Berbeza dengan jawatan Yang Di-Pertuan Agong seperti ditabalkan kepada Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebanyak dua kali, ia bukan pilihan sebaliknya jawatan perdana menteri itu adalah pilihan dan menjadi perdana menteri jadual kerjanya cukup padat dan memenatkan,” katanya.

Katanya, Mahathir boleh melakukan perubahan kepada negara dengan hanya menjadi penasihat kepada Perdana Menteri.


“Berdasarkan kaji selidik Bersatu pada 2017 yang dibentangkan oleh Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Bersatu, Dr Rais Hussin mendapati Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pilihan untuk menjadi perdana menteri berbanding Mahathir.

“Kenapa Bersatu masih menekan Mahathir untuk terus berjuang dan dicalonkan menjadi perdana menteri. Kalau saya ahli keluarga Tun Mahathir saya tak benarkan sebab kesian,” katanya.

No comments

Loading...