Header Ads

Tiada Niat Singgung, Peniaga Akui Silap Minta Dirogol



KUALA LUMPUR, 8 Mac — Seorang gadis memohon maaf selepas menyatakan dalam video mahu dirogol ramai lelaki sehingga menular di media sosial.

Dikenali Amiza sahaja, beliau berkata video itu sekadar gurauan dan tidak berniat menyinggung perasaan atau mempersenda agama, lapor Harian Metro.

“Saya mengaku salah kerana memuat naik video terlampau itu sehingga menyinggung perasaan orang ramai...


Loading...

“Bukan niat saya untuk menyakiti atau menyinggung hati mana-mana pihak, apatah lagi mahu merendahkan imej Islam,” katanya dalam satu video lain.

Memadamkan video dulu yang kontroversi itu, katanya, beliau tertekan selepas diceraikan oleh suami dan dikecewakan ramai lelaki.

Amiza, 22, menjelaskan video awalnya itu pada asalnya dimuatkan untuk melariskan produk “ubat kuat” yang dijualnya dalam talian.

Beliau menggesa mereka yang menyimpan video kontroversi itu agar memadamnya termasuk video rumahnya yang dirakam sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya kini bimbang selepas sebuah NGO memuat naik rakaman video rumah saya hingga menyebabkan keluarga saya berasa tidak selamat,” katanya.

- Malay Mail Online

No comments

Loading...