Header Ads

Loading...

Sufian Suhaimi Lancar Lagu Pada Tarikh Nikah Tak Jadi


Kalau diikutkan hari ini merupakan hari keramat buat Sufian Suhaimi apabila tarikh itu sepatutnya menjadii hari pernikahan beliau dan Elfira Loy. Namun tarikh ini masih menjadi istimewa apabila Sufian melancarkan lagu terbaru, Di Matamu.

Jika belum dilancarkan lagi, lagu ini sudah menjadi trending, apatah lagi bila lagu ini dilancarkan. Memetik portal Rotikaya, video muzik yang mula dilancarkan pada pukul 9 pagi tadi terus mendapat sambutan hangat apabila ditonton sebanyak hampir 200,000 kali.

Loading...


Jika dilihat ruangan komen di Youtube, ramai masih mengaitkan lagu ini dengan kisah peribadinya. Biarpun Sufian tidak mengulas lanjut mengenai punca perpisahan, namun ramai mengerti apa yang terjadi di sebalik bait-bait lagu ini.

Sehingga kini, peminat terus memberikan kata-kata sokongan dan semangat buat Sufian untuk melupakan apa yang terjadi dan terus mara ke depan. Ada juga yang turut sama merasai keperitan yang diterjemahkan sufian dalam lagu ini.


Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Respek dengan sikap Sufian yang terus bangun dan melahirkan sebuah lagu yang cukup bermakna buatnya. Malah lagu ini juga popular dikalangan selebriti yang membuat ‘cover’ lagu ini.

No comments

Loading...