Header Ads

Loading...

Semoga Allah Kurniakan Kesihatan : Doa Mufti WP Buat Bob Lokman


MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melawat pelakon dan komposer terkenal, Bob Lokman di kediamannya di Sungai Buloh, pagi ini, hari ini.

"Dalam waktu yang amat terhad, kami sempat mengunjungi saudara Bob Lokman yang mengalami keuzuran di rumahnya, lapor Harian Metro.

"Walaupun begitu, dia tetap menggagahkan diri menyambut kami dan sempat berbincang berkenaan keluarga Tok Kenali, ulama tersohor Kelantan," katanya.


Loading...

Menerusi perkongsian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), Zulkifli berkata Bob pernah mengunjungi pihaknya beberapa tahun lalu.

"Bob pernah mengunjungi kami di PMWP cawangan Kuala Lumpur beberapa tahun lal. Semoga Allah kurniakan kesihatan kepadanya.

"Mohon maaf kerana kehadiran agak mengejut dan tidak dapat berbual panjang kerana hambatan masa dan tugas," katanya.

Menerusi laporan akhbar ini semalam, Bob atau Mohd Hakim Lokman, 54, berkongsi tahap kesihatan dirinya semakin menurun akibat penyakit jantung dialami.

No comments

Loading...