Header Ads

Loading...

Sebelum Meninggal, Sanusi Sempat Hadiri Acara HARAPAN



Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid sempat menghadiri majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan di Shah Alam, malam tadi, sebelum menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsi oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil di Twitternya.

Fahmi turut berkongsi dua keping gambar bekas menteri besar Kedah dan menteri pusat yang hadir pada majlis berkenaan di Shah Alam, lapor Malaysiakini.


Loading...

Dalam gambar itu, allahyarham berada di atas pentas HARAPAN dengan memakai baju rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berwarna merah sambil memegang poster berkaitan manifesto gabungan pembangkang.

Pada majlis malam tadi juga, beliau kelihatan hadir bersama isteri Nila Inangda.


"Salam takziah buat Puan Sri dan keluarga di atas pemergian allahyarham Tan Sri Sanusi Junid.

"Malam tadi kali terakhir beliau bersama di pentas Pakatan Harapan.

"Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang beriman," tulis Fahmi.
Sanusi, 75, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri kira-kira jam 6 pagi tadi.

Beliau sebelum ini meninggal Umno dan menyertai BERSATU sebelum dilantik sebagai pengerusi Lembaga Disiplin parti itu.

Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

No comments

Loading...