Header Ads

Loading...

Sebab Dr Mahathir Tak Boleh Jadi PM


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan tidak layak menjadi Perdana Menteri semula kerana didakwa mempunyai rekod perubatan sakit jantung serius.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, mendakwa Dr Mahathir dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan lalu.

Justeru, katanya, tahap kesihatan Dr Mahathir sangat membimbangkan sejak tahun 2015 dengan kekerapan menerima rawatan sebanyak 12 kali; 2016 (25 kali); 2017 (enam kali) dan 2018 (empat kali).


Loading...

" (Jika) secara purata mengambil kira kemasukan ke IJN selama lima hari, Dr Mahathir dimasukkan ke hospital selama 235 hari.

"Saya tertanya-tanya sama ada Dr Mahathir akan menjelaskan kepada pengundi pada pilihan raya umum akan datang bahawa rekod kemasukan yang saya nyatakan adalah tepat. Sekiranya tidak tepat, apakah fakta yang sebenar?" katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihanraya Umum Ke-14.

Beberapa minggu kebelakangan ini, banyak pihak berdebat mengenai kesihatan Dr Mahathir termasuk terlalu tua untuk mentadbir Malaysia semula, negara yang sangat kompleks dalam istilah sosial, ekonomi dan politik.

Pembangkang pula mempertahankan Dr Mahathir masih mampu mentadbir.

Tunku Abdul Aziz berkata PH seperti memberikan jaminan jelas mengenai tahap kesihatan Dr Mahathir sebagai lebih baik berbanding individu muda yang berusia separuh daripada usia beliau.

"Tindakan penyokong Dr Mahathir yang mengagungkan keupayaan Dr Mahathir untuk menggalas tugas Perdana Menteri tidak hanya melulu, tetapi mereka juga menggadaikan masa depan negara," katanya.

- BH Online

No comments

Loading...