Header Ads

'Saman Jika Fitnah'



JOHOR BAHRU - Seramai 12 Pemuda Bersatu Bahagian Pagoh, Pasir Gudang dan Johor Bahru mendesak agar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab isu berhubung seperti yang dibangkitkan di Kelantan, Selangor dan Kedah, sebelum ini.

Wakilnya, Johari Sulaiman mendakwa, isu yang dibangkitkan itu menjadi satu tanda tanya kepada ahli Bersatu di peringkat akar umbi.

“Isu kekayaan luar biasa ahli keluarga Tun Dr Mahathir sedikit sebanyak boleh merencatkan kempen kami sewaktu membantu calon-calon Bersatu ketika PRU14 nanti dan ia tidak terjawab hingga kini.

Loading...


“Begitu juga, isu Tan Sri Muhyiddin yang didakwa menjadi punca kes perceraian sepasang suami isteri dan turut tidak terjawab hingga kini. Tan Sri Muhyiddin juga perlu bersihkan namanya dan beri penjelasan.

“Apa yang kami mahukan ialah Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin bercakap dengan jujur atas segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dan sekiranya perkara itu adalah fitnah, saman mereka yang berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Johari mendakwa, mereka turut kecewa apabila Tan Sri Muhyiddin seolah-olah menajdi boneka sahaja dalam parti itu.

“Pada kami, parti ini telah dirompak oleh Tun Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Mukhriz Tun Mahadir (Timbalan Presiden Bersatu).

“Masalah ini timbul apabila parti ini kerap menjaga tepi kain parti lain. Kami desak supaya Tan Sri Muhyiddin mengambil alih parti ini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka bersedia dikenakan sebarang tindakan berikutan menyuarakan kekecewaan itu, beliau berkata, mereka hanya mahukan keadilan serta ketulusan.

- Sinar Harian 

No comments

Loading...