Header Ads

Loading...

Salah Eja 'Bin', RTM Mohon Maaf Kepada Menteri



Selepas melakukan kesilapan yang besar dalam ejaan nama menteri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil memohon maaf menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi mereka.

Saluran TV tersebut membuat kesilapan semalam apabila mengeja nama Datuk Seri Azalina Othman Said, dengan menulis Dato’ Seri Azalina Bin Othman Said, dan bukannya ‘Binti’.

Kesilapan tersebut pantas mendapat perhatian netizen dan menjadi tular di laman sosial sembang seperti Lowyat.net memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berada di Dewan Rakyat semalam bagi bertemu dengan wakil-wakil penyedia media sosial berhubung cadangan pelaksanaan undang-undang berita palsu.

Loading...



“RTM mohon maaf atas kesilapan ejaan nama YB Dato’ Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa siaran langsung dari Parlimen pagi tadi (semalam),” kata kenyataan tersebut, semalam.

Kejadian berlaku semasa Azalina menjawab soalan menteri lain mengenai Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP), yang disiarkan secara langsung.

- Malaysian Digest

No comments

Loading...