Header Ads

RoS Diminta Perjelas Status Umno


Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto: The Malay Mail

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diminta untuk mengesahkan status Umno yang didakwa telah melanggar perlembagaannya sendiri.

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno secara terang-terangan melanggar perlembagaan parti dengan menangguhkan pemilihan parti melebihi tempoh 18 bulan seperti yang ditetapkan di dalam perlembagaannya namun tidak diambil sebarang tindakan oleh RoS.

“Saya bercakap kerana saya pernah menjadi pengerusi jawatankuasa perlembagaan Umno, jadi mereka tak boleh tipu saya.


Loading...

“Mereka (RoS) berkata hayat Umno masih ada, diluluskan oleh RoS mengikut Fasal 10.17. Tapi bila kami semak balik dalam perlembagaan Umno, tidak ada fasal itu, yang ada Fasal 10.16 sahaja,” katanya pada ucapan perbahasan usul di Parlimen, sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa RoS tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Umno.

“Kenapa RoS tidak ambil tindakan, adakah RoS hanya mengikut telunjuk BN sahaja.

“Di mana keadilannya. Saya nak minta perkara ini dijelaskan,” tegasnya.

Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut meminta penjelasan mengenai ancaman  RoS terhadap parti itu. 

“Beberapa hari lalu, RoS menyerahkan notis di bawah Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966, mengarahkan Bersatu supaya menyerahkan beberapa maklumat kepada mereka. Jika gagal mematuhi arahan dalam notis ini, kononnya Bersatu boleh dibubarkan.

“Saya ingin bertanya kepada RoS, apa salah kami? Di mana silapnya? Beritahulah kami. Sebagai sebuah parti politik yang berdaftar, kami sentiasa patuh kepada undang-undang dan perlembagaan,” katanya.


No comments

Loading...