Header Ads

Loading...

Ramai DM Instagram & FB Minta Tips Hamil, Isteri Adam Corrie Kongsi Beberapa Surah Amalan






Terbaru, pelakon Adam Corrie Lee berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya setelah 10 tahun menanti saat ini. Malah, dia juga berkongsi foto scan ultrasound bayi yang ditutup dengan emoji di laman Instagram. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran pasangan suami isteri ini akhirnya membuahkan hasil.

Artikel berkaitan: ‘Allah Dah Bagi Honeymoon 10 Tahun Berdua’- Adam Corrie Bakal Jadi Ayah. Tahniah!

Loading...
Fazi Fuad, isteri kepada Adam sempat berkongsi kisah disebalik hikmah pemberian dari Allah ini. Malah, dia turut berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan zuriat.


Ini anak keempat



Difahamkan isteri Adam sudah pun pernah hamil sebelum ini dan dia mengalami keguguran. Ini adalah kali keempat anak dikandungnya dengan usia 5 bulan. Malah, dia turut bersyukur dengan kurniaanNya diusia 40 tahun dan suami, 50, masih diberi kesempatan untuk menimang cahaya mata.

Tips hamil



Sememangnya potensi untuk hamil dilewat usia adalah berisiko tinggi. Fazi hanya mampu berkongsi tips kesihatan dan ikut saranan doktor. Selebihnya itu, kita bertawakal dan berdoa kepada Allah.

Amalkan surah


Pasangan suami isteri juga dinasihatkan untuk mengamal surat Al-Imran ayat 38 dan sirah Nabi Zakaria untuk kita lebih memahami mengenai konsep rezeki, ujian dan kasih sayang dari Allah.

Tiada zuriat tidak semestinya hidup kita ini kosong, malah, perlu jadikan hubungan antara suami isteri sebagai jambatan ke syurga Allah.



Credit: Adam Corrie Lee
Llpk

No comments

Loading...