Header Ads

Loading...

Projek RM1 Bilion Untuk Baling



PARLIMEN Baling terletak di kawasan pedalaman Kedah, bersempadan dengan Pengkalan Hulu, Perak serta selatan Thailand.

Kemajuan di parlimen masih boleh diperbanyakkan, apatah lagi lokasinya yang menjadi laluan utama warga utara untuk ke Pantai Timur.

Kedudukan strategik itu seharusnya meletakkan Baling lebih maju dari apa yang dinikmati oleh penduduknya kini.

Begitu pun, Baling sentiasa panas dengan pelbagai kontroversi politik terutama berkenaan parti-parti bertanding.


Loading...

Menurut Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, demi memastikan pembangunan terus berlaku dengan pesat di parlimen itu, sebanyak 20 projek berskala kecil dan besar telah dan sedang dilaksanakan dengan peruntukan hampir RM1 bilion.

Menurutnya, antara projek terbabit ialah tebatan banjir Kupang, hospital pakar, masjid daerah, Universiti Teknologi Mara (UiTM), projek perumahan 1Malaysia dan loji air di Sungai Limau.

“Kita juga sedang membina sebuah jambatan di Kuala Pegang. Tiga buah masjid juga dibina di Kampung Paya Besar, Kampung Tembak A dan Kampung Lanai.

“Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pula berjaya dinaiktaraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS),” katanya.

Tambahnya, bagi merancakkan ekonomi penduduk, sebuah kawasan perindustrian akan dibangunkan di Mukim Tawar tidak lama lagi.

Abdul Azeez berkata, semua usaha dilakukan itu hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Saya mewakili rakyat Baling mengucap setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Bashah. Semua usaha kita buat ini ialah demi rakyat Baling,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...