Header Ads

Loading...

PPBM Gagal Jawab Defisit RM416.6 Bilion



KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal memberi jawapan meyakinkan apabila ditanya mengenai kea­daan ekonomi Malaysia yang dijang­ka mengalami defisit sebanyak RM416.6 bilion dan sumber yang dapat menampung kehilangan pendapatan itu sekiranya pelaksanaan Manifesto Pakatan Harapan 2018 diteruskan.

Pengarah Strategi PPBM, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, meskipun sudah membaca laporan akhbar berkenaan isu defisit pendapatan negara itu, beliau belum boleh memberikan jawapannya.

“Saya akan cuba teliti perkara ini adakah angka-angka yang sebutkan Mohd. Irwan itu betul atau tidak.


Loading...

“Sebab selalunya angka-angka mereka ni macam-macam. 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) pun ghaib dengan angka-angka. Kita akan tengok dahulu angka-angka, baru saya bagi respons,” katanya yang merupakan antara penggubal Manifesto Pakatan Harapan 2018 dalam sidang akhbar PPBM dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah sebelum ini mengatakan bahawa Malaysia akan kehila­ngan sebanyak RM45 bilion daripada pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST), RM338 bilion (pemansuhan tol), pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (RM3.9 bilion) dan duti eksais (RM2.4 bilion) sekiranya manifesto pembangkang itu dilaksanakan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan dike­tuai DAP bercadang untuk me­lakukan penjimatan dana negara dengan mengurangkan ketirisan dan rasuah bagi menampung perbelanjaan di sebalik dakwaan ba­hawa pemimpin mereka sendiri banyak terlibat dengan kes berkenaan terutama di negeri-negeri yang ditadbir seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

“Saya lihat ini (isu defisit) sebagai terasing daripada hal-hal yang lain dan Barisan Nasional (BN) hanya fokus kepada sumbangan dan pendapatan negara.

“Mereka tidak mengambil aspek lain seperti menangani ra­suah, salah guna kuasa dan pembaziran hutang negara yang mana kita akan dapat amalkan penjimatan apabila uruskan dana negara dengan cekap,” katanya.

- Utusan Online

No comments

Loading...