Header Ads

PPBM Bertanding Di Bawah DAP? - Salleh


KUALA LUMPUR: Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berrkata nampaknya timbul kekeliruan berhubung kenyataan bercanggah dibuat oleh pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tiada masalah bertanding di bawah simbol DAP, sementara beberapa pemimpin lain PPBM berkata mereka sedia bertanding di bawah PKR atau PAN, yang dilihat sebagai parti Melayu, dan bukan di bawah DAP.


Loading...

“Jadi yang mana satu atau adakah Mahathir akan bertanding di bawah DAP dan yang lain bertanding di bawah PKR dan PAN?,” kata Salleh pada blognya hari ini.

Katanya, penasihat DAP Lim Kit Siang pula tidak berkata apa-apa tentang menggunakan simbol DAP.

Pada Ahad, Mahathir dilaporkan berkata beliau sedia bertanding atas tiket mana-mana parti politik di bawah Pakatan Harapan termasuk DAP dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14 ) jika PPBM yang diterajuinya dibubarkan.

Pengerusi PPBM itu berkata ini pilihan yang sedang beliau pertimbangkan berikutan dilema dihadapi parti itu ekoran tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.

-BERNAMA

No comments

Loading...