Header Ads

Loading...

PPBM Bersedia Sekiranya Dibubarkan - Tun Mahathir



TANAH MERAH: Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh mengadakan gandingan dengan rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) sekiranya parti berkenaan dibubarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, pihaknya bersedia dengan "plan B" sekiranya notis pembubaran dikeluarkan terhadap PPBM.

Namun, katanya, tindakan itu akan menyusahkan PPBM kerana pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir menyebabkan terpaksa membuat pelbagai perubahan dalam kempen, penyediaan kain rentang dan sebagainya.


Loading...

Dr Mahathir turut mempersoalkan kenapa RoS mengambil masa selama lapan bulan untuk memberikan notis tersebut sedangkan RoS boleh menulis surat pada bila-bila masa untuk mendapatkan dokumen yang dipinta.
Katanya, RoS mengambil masa yang lama untuk berbuat demikan sedangkan PPBM perlu bergerak dan melakukan persiapan untuk PRU ke-14.

Mantan perdana menteri itu juga berkata, RoS perlu menerima jawapan yang dikemukakan oleh PPBM berhubung maklumat yang diminta oleh agensi berkenaan sebelum ini.

"Kita boleh jawab semua soalan-soalan yang ditanya, dan bila kita jawab benda yang benar, RoS mesti terima. Kalau dia (RoS) boleh terima keputusan daripada UMNO yang tak ada laporan, mestilah dia boleh terima dan luluskan keputusan kami yang ada laporan dan bukti," katanya ketika menghadiri program Ramah Mesra Jelajah Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Bekas presiden UMNO itu turut membidas RoS yang didakwa sengaja melambatkan proses pendaftaran PPBM.

"Yang kita hairan, RoS menunggu lapan bulan untuk beri notis. Bukanlah luar biasa sangat nak tahu kita punya minit (mesyuarat), bila-bila masa mereka beri surat, kita akan jawab. Tapi mereka tak jawab sampai lapan bulan. Kita ada kerja nak buat, persiapan untuk pilihan raya. Kita nak sediakan sepanduk, bendera dan macam-macam lagi," katanya.

Dr Mahathir menambah, pihaknya bersedia dengan pelbagai kemungkinan ekoran keputusan daripada RoS.

Terdahulu, RoS mengeluarkan notis kepada PPBM yang memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan itu termasuk minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti bagi melengkapkan siasatan berikutan aduan yang dikemukakan oleh anggota-anggota parti itu.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata sekiranya PPBM gagal menyerahkan maklumat serta dokumen yang diminta, tindakan susulan boleh diambil mengikut Akta Pertubuhan bagi mengeluarkan perintah pembubaran ke atas parti berkenaan.

- Astro Awani

No comments

Loading...