Header Ads

Polis Indonesia: Dakwaan RM1 Bilion Ditemui Dalam Equanimity Palsu



JAKARTA: Berita melaporkan kononnya terdapat wang berjumlah Rp3.5 trillion (RM1 bilion) ditemui dalam kapal dirampas pada 28 Feb lepas itu di Bali.

Menurut media Indonesia, penyebaran maklumat palsu itu dilakukan menerusi akaun Facebook Miyoyo, akaun milik warga Malaysia.


Loading...

“Penyiasat Indonesia menjumpai RM1 billion tersimpan rapi dalam kapal Jho Low?,” menurut akaun Facebook berkenaan.

Wakil Direktur Direktorat Tindak Pidana Ekonomi Khusus (Dittipideksus) Indonesia, Daniel Silitingo berkata laporan tersebar di Malaysia itu palsu.

“Saya memimpin penugasan penangkapan kapal. Tidak menemukan wang apa pun,” katanya dipetik media Indonesia.

- FMT

No comments

Loading...