Header Ads

Loading...

Polis Akan Panggil Penganjur Perhimpunan Di Parlimen


KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan yang diadakan di luar bangunan Parlimen hari ini akan dipanggil kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisiten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata pihaknya telah mengenal pasti penganjur dan akan memanggil mereka yang terlibat dalam masa terdekat.

“Polis akan jalankan siasatan kerana penganjur telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Loading...

Beliau berkata dianggarkan lebih 300 peserta menyertai perhimpunan yang diadakan di Tugu Negara serta di luar bangunan Parlimen itu.

Menurutnya tiada  sebarang insiden yang tidak diingini  berlaku dalam perhimpunan yang bermula 8 pagi itu dan walaupun ada sedikit kekecohan tetapi ia berjaya dikawal kira-kira 400 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Perhimpunan dianjurkan Bersih 2.0 itu diadakan bagi menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil  Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pintu pagar Parlimen oleh Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari. - Bernama

No comments

Loading...