Header Ads

PM: Selamat Bersara Guan Eng



Berdasarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 pakatan pembangkang yang mahu tempoh jawatan pemimpin dihadkan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya sudah boleh meletakkan jawatan.

"Saya ucapkan selamat bersara kepada saudara Lim Guan Eng," kata perdana menteri secara sinis dalam catatan di laman blognya, najibrazak.com.


Loading...
Manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diumumkan pada Khamis antara lain mengandungi cadangan mengehadkan jawatan perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar kepada dua penggal sahaja.

"Kenapa sekarang baru nak cadangkan, kenapa bukan dahulu semasa ketua mereka jadi perdana menteri lima penggal setengah," kata Najib.

Najib, yang juga presiden Umno dan pengerusi BN menyifatkan manifesto pakatan pembangkang itu penuh dengan janji manis umpama madu tetapi sebenarnya racun berbisa.

"Bukan itu sahaja, malah manifesto mereka juga hipokrit, layaklah digelar harapan palsu," kata perdana menteri.

- Bernama

No comments

Loading...