Header Ads

PM Lawat Masyarakat Orang Asli Di Kg Sentosa



MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan ke perkampungan orang asli, Kampung Sentosa di sini selama kira-kira 30 minit bagi meninjau sendiri keadaan rakyat di kampung tersebut.

Najib turut meluangkan masa beramah mesra dan bertanya sendiri keadaan penduduk di kawasan itu, selain melakukan tinjauan persekitaran kampung.

Pada lawatan itu, beliau turut meluluskan peruntukan tambahan RM20,000 bagi membina lampu limpah di gelanggang futsal kampung berkenaan bagi kemudahan masyarakat di sana.

Loading...

Dalam ucapan ringkas, beliau berkata inisiatif pembinaan gelanggang futsal itu adalah contoh keprihatinan kerajaan dalam usaha memastikan setiap masyarakat dapat mengecapi kualiti hidup lebih sempurna.

“Alhamdulillah dalam usaha saya membuat tinjauan dan program, maka hari ini saya dapat melihat Kampung Sentosa di sini, yang mana masyarakat tempatan telah lama menunggu sebuah gelanggang futsal, maka kita telah bina gelanggang ini,” katanya di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Ismail Mohamed. – BERNAMA

No comments

Loading...