Header Ads

Loading...

Pensyarah Terus Kritik Mahathir Tak Layak Jadi PM Sebab Pemikiran Islam Tak Betul


Selepas dilabel sebagai ‘terkucil’, Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff terus lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad apabila tegas dengan pendiriannya bahawa Pengerusi PPBM itu tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, sebab paling utama bekas Perdana Menteri itu tidak boleh memegang jawatan nombor satu negara kerana pemikiran Islam Dr Mahathir adalah terpesong dengan Perlembagaan Malaysia.

Jelasnya, usia seseorang adalah bukan faktor terbesar untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya seorang Perdana Menteri wajib mempunyai kefahaman Islam yang betul, sepertimana yang tertakluk dalam Perkara 3 (1) - “Islam ialah agama bagi Persekutuan”.


Loading...

“Berdasarkan rekod-rekod, ternyata Dr Mahathir tidak mempunyai kefahaman Islam yang betul kerana, seperti disebut oleh Almarhum Datuk Dr Haron Din, pemikiran Islam beliau adalah pemikiran golongan 'muktazilah' yang “mengutamakan akal dalam tindakan mereka dan sanggup membelakangi ayat al-Qur'an, al-Hadis dan apatah lagi pandangan ulama'”.

“Turut disebutkan oleh Almarhum betapa Dr Mahathir, waktu masih menjadi Perdana Menteri, telah mempertikaikan hadis yang sahih bahawa Nabi Muhammad menyimpan janggut di mana perkara ini, mengikut Almarhum, “boleh menjejaskan aqidah”, di samping boleh menyebabkan “ramai orang lain yang akan turut sesat sama” bila dikeluarkan,” demikian katanya, semalam.

Kamarul berkata, sikap Dr Mahathir mempertikaikan hadis dapat dilihat dalam banyak ucapan dan kenyataan beliau termasuk ia diakui sendiri oleh sarjana kontroversi Allahyarham Dr Kassim Ahmad dalam buku bertajuk “Mencari Jalan Pulang”.

“Persamaan antara Dr Mahathir dan Dr Kassim dalam mempertikaikan hadis ini turut didedahkan oleh Datuk Mohd Nakhaei Ahmad di dalam buku “Meniti Hari Menuju Senja” yang menyebut betapa, berdasarkan satu perbincangan mereka, Datuk Mohd Nakhaei mendapati “kemusykilannya menyamai apa yang difahami oleh (Dr) Kasim Ahmad”,” ujarnya.

Beliau menambah pendirian Dr Mahathir yang menolak undang-undang Islam seperti hudud dan hukuman sebat 100 kali dalam kenyataan yang dibuat beliau pada 19 Februari 2017 juga membuktikan tokoh politik vateren itu tidak boleh menerajui negara ini.

“Disebabkan tiadanya kefahaman Islam yang betul inilah maka Dr Mahathir, melebihi faktor usia beliau, sangat tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana ia tidak akan membolehkan ikrar untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” sekali gus bagi membolehkan peruntukan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dapat dilaksanakan,” katanya.

Kamarul berkata lagi, manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) juga langsung tidak menunjukkan sebarang komitmen yang parti itu mahu memartabatkan Islam sebagai agenda teras mereka.

“Dan ini jauh berbeza daripada Firman Allah di dalam Ayat 41 Surat Al-Hajj yang bermaksud: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”,” katanya.

Terdahulu, wacana yang dianjurkan di Shah Alam oleh sebuah akhbar tempatan bertajuk 'Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?' mencuri tumpuan selepas Dr Mahathir membuat kemunculan mengejut ketika forum tersebut sedang berlangsung.

Kamarul menggariskan 10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri antaranya melibatkan aspek; perundangan, fizikal, genetik, mental, psikologi, demografik, intelektual, moral, falsafah dan spiritual.

Sumber: Malaysian Digest

No comments

Loading...